Feeds:
Posts
Comments

Salam Sejahtera…

Selamat pagi. Saya baru ja habis kelas Reiki. Hari nie ada 2 org pelajar hadir diri dan seorang jarak jauh. Yang hadir diri ialah En. Sulaiman & En.Sathiu daripada Sungai Besi. En.Sulaiman memang seorang penggemar ilmu mistik. Tujuan beliau belajar ilmu2 sebegini ialah supaya ilmu sebegini tidak pupus ditelan zaman. En. Sathiu pula tidak pernah belajar apa-apa sebelum ini… mmm… ngntuk nie.. maklumlah.. jam 12.30am baru habis… esok sambung cerita

Assalamualaikum Master Hisham,

Alhamdulillah, penemuduga tadi cakap saya akan dapat kerja… terima kasih kepada Master Hisham, saya akan ingat sampai ke akhir hayat. Insyaallah saya akan belajar tenaga dalam ilahi pula nanti… Drpd – M.Fariq. A.Latif

Macam tulah kiriman SMS yang saya terima pagi tadi… Apa kena mengena reiki dgn minta kerja? Reiki bukan utk rawatan ja ke? Mmm..mungkin itu sebahagian tanda tanya ramai orang mengenai fungsi reiki…

Secara ringkasnya saya terangkan:

Reiki, Prana, Tenaga dalam, Chi, Mana, adalah suatu bentuk tenaga dimana kaedah untuk mendapatkannya melalui bentuk latihan atau amalan yang berbeza-beza. Apabila tenaga ini dihimpun atau dicajkan pada diri kita. Secara automatiknya diri kita akan menjadi seumpama sebuah magnet yang mampu menarik apa saja hajat dah kemahuan.

Sebagai contoh. Seorang Alim dengan hanya membaca Bismillah pada segelas air sahaja lalu diberi minum kepada pesakit insyaallah sembuh. TETAPI kenapa kita menggunakan kaedah yang sama, ayat Bismillah yang sama tetapi tidak pula menjadi??… Ini adalah kerana energi orang alim itu sememangnya sangat tinggi kerana selalu dicajkan dirinya dengan solat yang kusyuk, zikir wirid dan sebagainya.. kita pula bagaimana? Jangan hendak dikatakan solat kusyuk, 5 waktu sehari pun belum tentu pass…. heheheehehe…  adei.. mengantuk… ZZZzzzz……

Masih ingat Husaini yang belajar reiki malam semalam? Pagi nie dia sms saya :-

“Master, tadi pagi saya programkan gambar motorsikal yang saya nak jual, ….dah ada orang call berminat… hehehhee…”

Hahhh.. macam tu lah.. pandai pun.. Reiki bukan setakat nak buat healing ja tau..  yang penting bijak dan kreatif…

Sebentar tadi ada SMS yg saya terima yg kurang enak dibaca yang berbunyi:-

“Saya bekas pelajar —–tutt—– (dirahsiakan)… Hilang minat belajar reiki kerana terkena tipu dengan dia… bayar penuh , manual tak dapat…”

Hah… ini satu hal plak.. itulah… kalau nak belajar apa-apa pun, selidik dulu latar belakang guru tu… pengalaman beliau, kerana ada yg baru sehari dua belajar reiki , tup tup tap dah buat kursus reiki sendiri di internet… bila ada anak murid yang bertanyakan soalan, si master baru nie dah mula mengelabah tak reti nak jawab .. jawapan dah mula merapu atau kurang tepat kerana beliau sendiri pun tak habis baca buku lagi.. pengalaman pun takde , macamana nak jawap.. berjaga-jaga ya.. kerana di luar sana banyak yg suka nak menguji.. bila salah jawap, nanti guru anda yg dapat nama tak baik.. guru anda pula yg dikatakan ajar tak betul….

APRIL FOOL!!!.. hhehehehee… macamana wujudnya hari April fool ek?.. mmmm… lantaklah… malas nak ambil tahu…

Adei.. penat dan mengantuk.. itulah ungkapan yg sesuai utk diucapkan saat ini.. saya baru ja balik mengajar reiki… Husaini atau lebih dikenali sebagai Wan.. seorang anak muda yg begitu berminat hendak mempelajari reiki untuk menjaga kesihatan beliau sendiri dan bermatlamat untuk mengaplikasikan reiki dalam perniagaan dan kehidupan beliau…. berjinak-jinak dalam perniagaan dialam ciber disamping mempunyai pekerjaan tetap sebagai seorang pelukis pelan… pembelajaran berjaya disampaikan malam ini , kepuasan jelas tergambar pada riak muka wajah beliau.. syukur alhamdulillah… ngantok dah nie.. adoii.. sweet dream.. ZZzzzzzz….

Assalamualaikum dan apa khabar?

Sebenarnya saya agak malas nak menceloteh dalam blog nie… Disebabkan tak reti nak bercerita panjang lebar macam blogger yg lain dan takde masa nak masuk internet.. sibuk dgn tugasan harian di ofis dan sibuk mengajar reiki… Tapi saya akan cuba sentiasa update blog ini dengan berceloteh tentang apa sahaja walaupun yg merapu dan yang ntah hape-hape ntah… sebab tu segmen ini diberi nama Celoteh sikit….

Malam Semalam, saya ada mengajar reiki pada seorang pelajar datangnya nun jauh dari Sarawak… Puan Maimun namanya.. Beliau berminat mempelajari reiki setelah buat pertama kalinya diberikan energi reiki oleh seorang sahabatnya yg baru mempelajari reiki.. ketika itu beliau dapat merasakan aliran energi yg dialirkan oleh sahabatnya itu… Namun niatnya utk mempelajari reiki akhirnya terbantut apabila ada org yang memberitahu bahawa reiki tidak boleh dipelajari oleh org islam kerana proses attunementnya agak meragukan tambahan pula Master reiki tersebut pula seorang berugama lain…

Namun baru-baru ini beliau telah diberitahu oleh seorang sahabatnya bahawa ada orang melayu yang mengajar reiki.. lantas beliau google di internet dan berjumpa dgn byk website reiki dan akhirnya berbuat keputusan untuk belajar dgn saya setelah membuat pelbagai penilaian, soal jawab,  disamping yuran yg dikenakan amat rendah dan membolehkan beliau berjimat untuk terus terbang dari sarawak ke kuala lumpur untuk menghadiri kursus reiki …

Dipendekkan cerita, disebabkan pembelajaran ini bersifat personal coach / one to one, maka bertalu-talu soalan yg tujukan kepada saya berkenaan reiki ini dan diakhir kursus, saya ada bertanya kepada beliau adakah beliau faham??dan lantas dia menjawab, -” faham kesemuanya”.. alhamdulillah.. itulah jawapan yg saya ingin dengar pada setiap pelajar yang belajar dgn saya .. balik dari kursus, Puan Maimun ada mencuba alirkan reiki kepada anak saudaranya dan respone yg diberikan amat memuaskan hati beliau… Anak saudaranya dapat merasakan tenaga yg disalurkan dan merasa tenang…

moga jumpa dilain masa.. 

salam,

Master Hisham

KURSUS MASTER KUNDALINI REIKI 2008
 
Versi yang di perbaharui

APA ITU REIKI?
Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi/tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.
http://www.reiki-malaysia.com

Kesimpulannya, Reiki adalah satu proses penyaluran energi dari alam semesta melalui pengamal Reiki kepada pesakit yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan semulajadi tubuh untuk menyembuhkan diri sendiri dengan menyeimbangkan kembali energi pesakit tersebut
KUNDALINI REIKI
Kundalini Reiki merupakan salah satu jenis Reiki yang sekian banyaknya tersebar ketika ini. Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan.
Kundalini  Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi. Cakra Dasar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini. Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra Dasar ke cakra mahkota. Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.
 
 Kundalini Reiki dapat dikuasai setelah penyelarasan / attunement yang mudah, hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit untuk proses attunement.  Kundalini Reiki 2008 adalah Kundalini Reiki versi terbaru yang telah di upgrade dan diperbaharui dengan mempunyai hanya 3 tingkatan / level secara keseluruhannya. Iaitu KR1, KR2, KR3 (Master). Versi Kundalini Reiki yang lama / yang sebelum ini mempunyai 9 level iaitu tambahan 6 level selepas level 3 yang dipanggil sebagai booster yang perlu diambil attunement secara berasingan dan berperingkat-peringkat (jarak masa 5 hari setiap peringkat). Tetapi Kundalini Reiki yang terbaru kali ini telah singkatkan menjadi 3 level secara keseluruhannya dimana 6 level booster sebelum ini telah dimasukkan kedalam level 3. Keterangan ringkas Kundalini Reiki adalah seperti berikut:

KUNDALINI REIKI LEVEL 1– KR1
Dalam penyelarasan aturan kundalini reiki 1 (KR1)  – kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra-cakra disingkirkan (melainkan cakra Dasar). Saluran utama tenaga, dari cakra mahkota ke cakra Dasar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan Kundalini Reiki yang anda akan alami dalam pengaktifan Kundalini Reiki peringkat 2 (KR2). Dimana cakra hati menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka supaya reiki boleh mengalir,sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan. Kundalini Reiki 1 (KR1) adalah bersamaan attunement USHUI REIKI 1,2,3.
KUNDALINI REIKI LEVEL 2– KR2
Dalam Kundalini Reiki peringkat 2, kesemua cakra-cakra utama dan saluran-saluran tenaga akan kosong dan terbuka. Mula berlaku pembangkitan kundalini, penaikan Api kundalini minima ke cakra pusar (solar plexus Chakra). Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini pada peringkat KR3. Di peringkat ini anda juga akan diajar meditasi khusus Kundalini Reiki yang dapat menaikkan api/energi kundalini dalam masa yang singkat. Melalui meditasi ini juga jalur-jalur energi / cakra dapat dibersihkan.

 HEALING (PENYEMBUHAN) – Setelah anda menerima pengaktifan Kundalini Reiki – KR1, maka serta-merta anda telah mampu melakukan rawatan penyembuhan diri sendiri mahupun orang lain dari jarak dekat mahupun jauh. www.reiki-malaysia.com

CLEANSING ROOM / HOUSE (PEMBERSIHAN UNSUR NEGATIF DALAM RUMAH / TEMPAT.) – Kaedah Kundalini Reiki juga boleh dimanfaatkan untuk meneutralkan unsur-unsur negatif dalam kediaman dan ianya juga boleh dilakukan dari jarak jauh mahupun dekat. www.reiki-malaysia.com 

HEALING THE CARMIC BAND (PENYEMBUHAN HUBUNGAN KARMA)  – Untuk memperbaiki hubungan seseorang dengan lainnya. Hubungan rumahtangga, jiran dll.

SITUATION / QUALITIES HEALING (PENYEMBUHAN SITUASI/KUALITI) – Untuk  menyembuh / memperbaiki sesuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi/watak/ sifat buruk manusia. Seperti ketidakstabilan emosi. Contohnya perasaan cemburu yang keterlaluan, lemah semangat, malas,kecewa dan putus asa, gelisah, bimbang, risau tidak menentu, ketidakyakinan diri, kesedihan, kemarahan,  dan sebagainya.

KUNDALINI REIKI LEVEL 3 (KR3 – MASTER) 
Inilah level terakhir dalam pengaktifan Kundalini Reiki,dan dari level ini anda sudah mencapai level master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain. Anda boleh memberi attunement walaupun anda sedang tidur!! Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan tambahan seperti dibawah.
DIAMOND REIKI (REIKI BERLIAN) – Apabila menggunakan teknik ini, maka sebuah kristal (berlian) eterik akan berada di chakra mahkota praktisi, dan memperkuatkan kualiti penyaluran Reiki praktisi. www.reiki-malaysia.com

CRYSTALLINE REIKI (REIKI KRISTAL) – Dikeseluruhan tubuh kita terdapat jumlah kecil kristal yang tertentu,ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang hidup. Setiap kali kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma,sebutir kristal akan terbentuk. Trauma ini contohnya adalah seperti tangan yang patah, terseliuh, kesedihan dan sebagainya. Jika umpamanya seseorang itu terpatah tangan sebutir kristal terbentuk untuk menjadi memori dari kesakitan dan perasaan dari trauma itu. Melalui kaedah pengaliran reiki kristal ini boleh dicair dan disembuhkan.

DNA REIKI (REIKI DNA)  – Menguatkan keupayaan untuk menyembuhkan / memperbaiki kualiti DNA. Contohnya penyakit keturunan seperti Asma & dll.

BIRTH TRAUMA REIKI (REIKI TRAUMA KELAHIRAN) – Salah satu bentuk trauma adalah trauma akibat proses kelahiran. Ini mungkin terjadi akibat proses kelahiran yang sulit seperti bayi songsang, tak cukup bulan, tali pusat terbelit dan sebagainya. Kesan daripada kejadian tersebut mungkin mengakibatkan seseorang tersebut mengalami trauma seperti takut dalam kegelapan atau sesuatu dan sebagainya. Trauma ini dapat dihilangkan secara perlahan dengan teknik ini

LOCATION REIKI (REIKI LOKASI) – Teknik ini digunakan untuk menyelaraskan “Carmic Band” antara manusia dengan suatu tempat yang penuh energi negatif yang boleh menggangu kesihatan manusia. Oleh itu teknik location reiki digunakan untuk meneutralkan energi negatif tersebut.

BALANCE REIKI (PENYEIMBANGAN REIKI) – Teknik ini digunakan untuk menyeimbang seluruh sistem energi tubuh .  

MODULE TAMBAHAN
REIKI UNTUK PELBAGAI HAJAT:
1. Penarik Cinta dan Pengasihan
2. Rezeki dan Kekayaan
3. Meningkatkan Karisma Diri
4. Pemagaran Ghaib
5. Peminjam Membayar Hutang
6. Mengaktifkan Panca Ke-Enam
7. Pelbagai hajat, Matlamat dan Masalah

ATTUNEMENT
Untuk mempelajari Kundalini Reiki sebelum itu terlebih dahulu perlulah dibuat ‘attunement’ (penyelarasan/ pengijazahan). Perumpamaannya seperti ketika anda membeli sebuah radio baru, ia tidak dapat digunakan sehinggalah anda menyelaraskan frekuensi / gelombang stesen siaran yang dikehendaki. Kemudian barulah anda dapat menerima & mendengar siaran radio tersebut. Proses attunement akan memakan masa lebih kurang 25 minit.

Kursus ini boleh diambil secara jarak jauh (tidak perlu hadiri diri ataupun dengan menghadirkan diri. Untuk Hadir diri kursus hanya akan dibuat pada waktu malam sahaja iaitu dari jam 8.30pm-11.30pm. Jika anda ingin mengikuti kursus secara hadir diri sila hubungi saya di talian : +6016-2779223 untuk temujanji.
 
 
*** Khusus untuk bekas pelajar yang pernah mengambil Kundalini Reiki versi lama  (9 level) dengan kami boleh mendapatkan attunement Kundalini Reiki 2008 yang baru dengan harga yang istimewa. Anda akan diberi Attunement Master Kundalini Reiki 2008, Sijil Kundalini Reiki 2008 MasterTeacher dan Manual yang telah diperbaharui dengan pelbagai nota tambahan. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.
 
 
KETERANGAN LANJUT LAYARI WWW.REIKI-MALAYSIA.COM

Sandaran Hati

Sandaran Hati – Letto

Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
MendengarMu

Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
MerindukanMu

Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani

Dalam hidupku
Kesendirianku

Teringat ku teringat
Pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang Kau mau
Benarkah ini jalanMu
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirMu
Dalam gelapnya
Malam hariku

FATWA TENTANG REIKI

Bagi anda yang ragu-ragu tentang Reiki dalam Islam, bolehlah merujuk kepada fatwa dibawah.

Fatwa by:        

Sheikh Ahmad Kutty  

A Senior Lecturer and an Islamic Scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada.   

Date:               

Sunday,Jan 12 ,2003 

On Islam Online:

http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=evY6h8

Question:

Salamu `Alaykum. Reiki is a Japanese art for healing which was re-discovered by Mikao Usui in early 1900. This is a way of treatment with the energy through the hands. While giving treatment, there is no such concept which is against our belief. However, the way of attunement and use of some signs before a treatment is disturbing me and it seems to be deriven from Budha’s thoughts.

I use Reiki with very firm belief in Allah, and there is no teaching of Budha’s thoughts at all although I know that we should pray Allah before giving treatment to anybody. Could you please let me know if Reiki practice has any interaction with the teachings of Islam?  

By:  Shibab

Answer:

Wa`alaykum As-Salaamu Warahmatullahi Wabarakatuh.  

In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

“If the kind of treatment you have indicated does not involve any procedures unacceptable in Islam, and there is no assuming of invoking anyone other than Allah for healing, then there is nothing in Islam objectionable to this practice.

In fact, the Prophet (peace and blessings be upon him) taught us that if anyone can help his brother or sister in any way, let him do so without hesitation. Therefore, if Reiki has been found to be a beneficial method of treatment, a Muslim should never hesitate in making use of it.” Allah Almighty knows best.

 

Walabagaimanapun suka diingatkan bahawa Kundalini Reiki tidak langsung menggunakan simbol-simbol yang meragukan. Hanya berteraskan konsep Niat dan Pasrah kepada Tuhan yang Maha Esa. Lebih tepat lagi ialah – BERDOA (niat diberikan kesembuhan – beri energi positif dari alam) dan PASRAH (bertenang, relaks, santai dan bertawakal kepada Tuhan yang Maha Esa)

Pelajar Kundalini Reiki saya terdiri daripada ramai mereka yang bergelaran Haji, Hajjah, Ustaz dan juga Imam Besar. Oleh itu terserah kepada anda untuk menilaikannya, sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

 

==>PENGUMUMAN KHAS UNTUK BEKAS PELAJAR MASTER KUNDALINI REIKI DIMENSI ALPHA SAHAJA<==

Master Hisham akan membuat re-attunement / penyelarasan semula Kundalini Reiki kepada bekas pelajar-pelajar Master Kundalini Reiki dari Dimensi Alpha

Para pelajar Dimensi Alpha di galakkan untuk mengambil re-attunement / penyelarasan semula Kundalini Reiki bermula dari level 1 dan seterusnya, mengikut jarak waktu seperti dalam buku manual anda. Tidak perlu buat temujanji masa, buat ikut kelapangan waktu anda.

Kaedah untuk menerima attunement seperti yang pernah anda lakukan sebelum ini, sila rujuk manual anda.

Para Master Kundalini Reiki adalah dinasihatkan agar tidak memberi attunement kepada pelajar baru secara sekaligus. Sila beri attunement mengikut jarak waktu yang ditetapkan seperti yang terdapat dalam buku manual Kundalini Reiki anda.

 

 

 

 

Older Posts »