Feeds:
Posts
Comments

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA MULAI 12/08/2008  BLOG INI TELAH BERPINDAH KE :

WWW.REIKI-MALAYSIA.COM

Sila layari  http://www.reiki-malaysia.com    atau    klik SINI

*****************************************************************************************************

Apakah Itu Kundalini?
 Sebelum kita membahas lebih lanjut tentang Kundalini Reiki, marilah kita terlebih dahulu memahami secara ringkas tentang apakah itu Kundalini.


Banyak diperkatakan bahawa Kundalini adalah suatu kekuatan luar biasa yang terdapat dalam tubuh seseorang. Kundalini adalah berasal daripada bahasa Sangkrit yang bermaksud “gulungan”. Dalam keadaan tidur (belum bangkit dan belum aktif) , kundalini berbentuk gulungan 3½ lingkaran yang terletak di sumsum tulang belakang manusia, tepatnya di bawah tulang ekor (perinum). Ketika kundalini sudah bangkit dan aktif ia akan merambat naik melalui jalur sushumna, menembus semua chakra dan akhirnya keluar dari chakra mahkota. Pada saat merambat naik, kundalini akan membersihkan semua jalur-jalur energi yang dilaluinya dan saat itu, anda akan merasakan sensasi-sensasi tertentu ditubuh anda.
kundalini
 Pada saat ini kundalini dapat dikatakan sebagai energi. 7000 tahun yang lalu kundalini tidak dapat digambarkan dalam istilah energi kerana pada saat itu pengertian akan energi belum ditemukan. Dalam masyarakat nusantara seperti di Malaysia dan Indonesia, Kundalini sering dikaitkan dengan kekuatan luar biasa, kebatinan, Tenaga Dalaman, kuasa penyembuhan dan kuasa psikik. Manakala didunia barat, Kundalini pula dikaitkan dengan daya kreativi dan kepintaran manusia.
 
 Apakah Itu Kundalini Reiki?
 Kundalini Reiki merupakan salah satu jenis Reiki yang sekian banyaknya tersebar ketika ini. Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan.
 Kundalini Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi. Cakra Dasar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini. Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra Dasar ke cakra mahkota. Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.
 chakra2
Tradisi Kundalini Reiki
 Kundalini Reiki merupakan teknik Reiki yang paling mudah dipelajari tanpa melalui proses pembelajaran yang panjang, tanpa penggunaan teknik simbol dan posisi tangan seperti yang terdapat dalam Tradisi Reiki Usui. Founder kepada teknik ini bernama – Ole Gabrielsen yang berasal daripada Denmark.

beza-reiki

testimoni01

Saya rasa bersyukur , bertuah dan beruntung sangat dapat bertemu dan belajar Kundalini Reiki dengan Master Hisham. Sememangnya ia anugerah yang tidak ternilai harganya. Saya tak perlu lagi melaburkan beribu-ribu ringgit untuk belajar ditempat lain. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Master Hisham. Insyaallah, ada rezeki saya nak belajar Tenaga Dalam Ilahi pula. Daripada: Encik Azhar Bin Aziz, Kuala Lumpur

 
Assalamualaikum, alhamdulillah. Pelajaran yang saya dapat semalam ibarat binaan batu bata yang menyambung tiang dan atap yang dibina selama ini dalam konteks spiritual journey ilmu saya. Jauhari jua yang mengenal manikam. Terima kasih Master Hisham. Daripada: Encik Asman, Kuantan

 

 Assalamualaikum Master Hisham, Dah sebulan lebih saya belajar Master Kundalini Reiki daripada Master Hisham, saya amalkan apa yang diajarkan. Resultnya semua OK dan Alhamdulillah. Kadang-kadang ada lektrik kat tubuh saya. So far semua treatment samaada jarak dekat atau jauh diizinkan kerana Allah dan menjadi. Saya juga gunakan reiki untuk famili, semua feedback positif. Saya juga rasa ilmu makrifat saya juga bertambah kuat. Saya rate Master Kundalini Reiki dari Master Hisham sebagai 5 Bintang. ini testimoni saya untuk Master Hisham. Terima Kasih. Daripada: Encik Baharudin, Johor

Baca lebih banyak testimoni lagi disini
 
 Kaedah Attunement Kundalini Reiki
 Untuk memperolehi tenaga Kundalini Reiki cukup dengan hanya menjalani proses attunement yang mudah iaitu dengan bertafakur / meditasi selama 25 minit. Tanpa penggunaan simbol, mantra dan ritual yang meragukan. Ianya hanyalah dengan berniat / berdoa untuk menerima energi Kundalini Reiki. Selama bermeditasi , murid akan diselaraskan dengan energi Kundalini Reiki dan dapat mempergunakannya sesudah attunement tersebut. Cukup mudah bukan?

attunement
  
Kundalini Reiki Level 1
 Dalam penyelarasan aturan kundalini reiki 1 (KR1) – kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra-cakra disingkirkan (melainkan cakra Dasar). Saluran utama tenaga, dari cakra mahkota ke cakra Dasar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan Kundalini Reiki yang anda akan alami dalam pengaktifan Kundalini Reiki peringkat 2 (KR2). Dimana cakra hati menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka supaya reiki boleh mengalir,sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan. Kundalini Reiki 1 (KR1) adalah bersamaan attunement USUI REIKI 1,2,3.
 
Healing (Rawatan)
 Setelah anda menerima pengaktifan Kundalini Reiki – KR1, maka serta-merta anda telah mampu melakukan rawatan penyembuhan diri sendiri mahupun orang lain dari jarak dekat mahupun jauh.
 
Memutuskan Hubungan Energi Dengan Pesakit
 Semasa melakukan penyembuhan kepada pesakit, anda telah terhubung dengan energi eterik pesakit tersebut. Adalah penting untuk memutus hubungan energi diantara anda dan pesakit kerana jika tidak ia berkemungkinan menyebabkan tenaga anda akan diserap secara terus menerus oleh pesakit tersebut dan membuatkan anda merasa kekurangan tenaga / keletihan.
 
Grounding / Membuang Energi Yang Tidak Diperlukan
 Selepas memutuskan hubungan energi anda dengan pesakit, maka lakukan pula “grounding” iaitu membuang energi yang tidak diperlukan.
 
Healing The Carmic Band (Penyembuhan Hubungan Karma)
 Biasanya terdapat suatu “hubungan karma” diantara seseorang yang kita sayangi atau yang pernah kita sayangi. Hubungan ini kadangkala boleh melemahkan kita dan mempunyai pengaruh-pengaruh negatif kepada bahagian fizikal dan energi kita. Kerapkali hubungan-hubungan itu bertambah kuat apabila hubungan karma disembuhkan. Anda perlu menggunakan jenis rawatan sebegini di antara diri anda dan mereka yang anda sayangi atau pernah anda sayangi. Untuk ini anda perlu menggunakan teknik penyembuhan untuk memperbaiki hubungan karma anda dengan seseorang atau untuk membantu individu yang lain.
 
 Situation / Quality Healing (Penyembuhan Situasi / Kualiti)
 Anda juga boleh merawat sesuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi/watak. Seperti ketidakstabilan emosi. Contohnya perasaan cemburu yang keterlaluan, lemah semangat, malas, kecewa dan putusasa, gelisah, bimbang, risau tidak menentu, ketidakyakinan diri, kesedihan, kemarahan, dan sebagainya.
 
Kundalini Reiki Level 2
 Dalam Kundalini Reiki peringkat 2, kesemua cakra-cakra utama dan saluran-saluran tenaga akan kosong dan terbuka. Mula berlaku pembangkitan kundalini, penaikan Api kundalini minima ke cakra pusar (solar plexus Chakra). Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini pada peringkat KR3.
 
Kundalini Reiki Meditation (Tafakur Kundalini Reiki)
 Fungsi tafakur ini adalah untuk membersihkan cakra-cakra dan saluran energi yang tersumbat.

Cleansing (Pembersihan Energi Negatif Dalam Bilik / Rumah / Pejabat / Kawasan)
Kaedah Kundalini Reiki juga boleh dimenafaatkan untuk meneutralkan unsur-unsur negatif dalam kediaman dan ianya juga boleh dilakukan dari jarak jauh mahupun dekat.
 
 Kundalini Reiki Level 3 (Master)
 Inilah level terakhir dalam pengaktifan Kundalini Reiki,dan dari level ini anda sudah mencapai level master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain. Anda boleh memberi attunement walaupun anda sedang tidur!!
 Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan tambahan untuk menggunakan program dibawah:
 
Diamond Reiki (Reiki Berlian)
 Apabila menggunakan teknik ini, maka sebuah kristal (berlian) eterik akan berada di chakra mahkota praktisi, dan memperkuatkan kualiti penyaluran Reiki perawat.
 
Crystalline Reiki (Reiki Kristal)
 Dikeseluruhan tubuh kita terdapat jumlah kecil kristal yang tertentu,ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang hidup. Setiap kali kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma,sebutir kristal akan terbentuk. Trauma ini contohnya adalah seperti tangan yang patah, terseliuh, kesedihan dan sebagainya. Jika umpamanya seseorang itu terpatah tangan sebutir kristal terbentuk untuk menjadi memori dari kesakitan dan perasaan dari trauma itu. Melalui kaedah pengaliran reiki kristal ini boleh dicair dan disembuhkan.
 
DNA Reiki
 Menguatkan keupayaan untuk merawat / memperbaiki kualiti DNA. Contohnya penyakit keturunan seperti Asma & dll
 
Birth Trauma Reiki (Trauma Kelahiran)
 Salah satu bentuk trauma adalah trauma akibat proses kelahiran. Ini mungkin terjadi akibat proses kelahiran yang sulit seperti bayi songsang, tak cukup bulan, tali pusat terbelit dan sebagainya. Kesan daripada kejadian tersebut mungkin mengakibatkan seseorang tersebut mengalami trauma seperti takut dalam kegelapan atau sesuatu dan sebagainya. Trauma ini dapat dihilangkan secara perlahan dengan teknik ini.
 
Location Reiki (Reiki Lokasi)
 Teknik ini digunakan untuk menyelaraskan “Carmic Band” antara manusia dengan suatu tempat yang penuh energi negatif yang boleh menggangu kesihatan manusia. Oleh itu teknik location reiki digunakan untuk meneutralkan energi negatif tersebut.
 
Balance Reiki (Reiki Keseimbangan)
 Teknik ini digunakan untuk menyeimbangkan seluruh sistem energi tubuh.

Teknik Memberi Attunement Reiki Kepada Orang Lain
Sebagai seorang Master, anda mempunyai hak dan diajar kaedah untuk memberi attunement kepada orang lain. Oleh itu lengkaplah anda sebagai REIKI MASTER
 
Pelajaran Tambahan:

  • Penarik Cinta Dan Pengasihan
  • Rezeki Dan Penglarisan
  • Pemagaran Psikik Untuk Rumah Dan Permis Perniagaan
  • Pemimjam Membayar Hutang
  • Mengaktifkan Panca Indera Ke-Enam (sixth sense)
  • Membuat Wang Magnet / Ibu Duit
  • Membuat Kapsul Reiki (Baharu!!)
  • Membuat Bedak Aura Reiki (Baharu!!)
  • Membuat Minyak Wangi Reiki (Baharu!!)
  • Membuat Reiki Healing Card (Baharu!!)
  • Membuat Air khusus untuk Penyembuhan / Penerang Hati
  • Untuk Pelbagai Hajat Dan Masalah
  • Pelajaran tambahan akan ditambah dari masa ke semasa

 

testimoni03

 

testimoni-front

f23

f20

 daftar

Advertisements

FATWA TENTANG REIKI

Bagi anda yang ragu-ragu tentang Reiki dalam Islam, bolehlah merujuk kepada fatwa dibawah.

Fatwa by:

Sheikh Ahmad Kutty

A Senior Lecturer and an Islamic Scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada.

Date:

Sunday,Jan 12 ,2003

On Islam Online:

http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=evY6h8

Question:

Salamu `Alaykum. Reiki is a Japanese art for healing which was re-discovered by Mikao Usui in early 1900. This is a way of treatment with the energy through the hands. While giving treatment, there is no such concept which is against our belief. However, the way of attunement and use of some signs before a treatment is disturbing me and it seems to be deriven from Budha’s thoughts.

I use Reiki with very firm belief in Allah, and there is no teaching of Budha’s thoughts at all although I know that we should pray Allah before giving treatment to anybody. Could you please let me know if Reiki practice has any interaction with the teachings of Islam?

By:  Shibab

Answer:

Wa`alaykum As-Salaamu Warahmatullahi Wabarakatuh.

In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

“If the kind of treatment you have indicated does not involve any procedures unacceptable in Islam, and there is no assuming of invoking anyone other than Allah for healing, then there is nothing in Islam objectionable to this practice.

In fact, the Prophet (peace and blessings be upon him) taught us that if anyone can help his brother or sister in any way, let him do so without hesitation. Therefore, if Reiki has been found to be a beneficial method of treatment, a Muslim should never hesitate in making use of it.” Allah Almighty knows best.

Walabagaimanapun suka diingatkan bahawa Kundalini Reiki tidak langsung menggunakan simbol-simbol yang meragukan. Hanya berteraskan konsep Niat dan Pasrah kepada Tuhan yang Maha Esa. Lebih tepat lagi ialah – BERDOA (niat diberikan kesembuhan – beri energi positif dari alam) dan PASRAH (bertenang, relaks, santai dan bertawakal kepada Tuhan yang Maha Esa)

Pelajar Kundalini Reiki saya terdiri daripada ramai mereka yang bergelaran Haji, Hajjah, Ustaz dan juga Imam Besar. Oleh itu terserah kepada anda untuk menilaikannya, sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

 

Applied Kinesiology

 

Applied Kinesology

Applied Kinesiology (AK) adalah kaedah mengesan kelemahan atau kesakitan pada diri seseorang dengan menekan pada bahagian yang lemah. Dengan kaedah AK, aliran tenaga yang wujud dalam tubuh seseorang dapat dikesan. Tenaga elektomagnetik ini dihantar ke otak untuk rangsangan dan terus kebahagian organ yang lemah.

Secara semulajadi apabila tempat yang mengalami kesakitan itu disentuh, lengan kanan pesakit akan menjadi lemah dan tidak bermaya berbanding dengan sentuhan pada tempat yang tidak mengalami kesakitan.

Selain daripada itu AK dapat dipergunakan dengan lebih meluas, tidak sekadar mengesan penyakit, bergantung kepada kreativiti pengguna.

Saya tidak minat menjadi perawat, kenapa perlu saya belajar Reiki?

Reiki bukan semestinya digunakan untuk merawat orang lain. Yang paling penting kita boleh menggunakannya untuk merawat diri dan ahli keluarga kita sendiri. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan kos rawatan kesihatan kita sekeluarga terutamanya untuk masalah-masalah kecil seperti demam, selsema, pening kepala, sakit perut, batuk, luka, ketidakselesaan akibat dari haid dan sebagainya. la juga boleh bertindak sebagai ‘First Aid Kit’ pada waktu kecemasan. Sekiranya kita sering menyalurkan tenaga Reiki kepada tubuh sendiri, sistem kekebalan tubuh akan meningkat seterusnya menyebabkan tubuh jarang diserang penyakit.

Adakah bakat penyembuhan diperlukan untuk mempelajari Reiki?

 Tidak perlu. Menurut perawat dan ahli penyembuhan tenaga dalam yang terkenal Choa Kok Sui, “Semua orang boleh menjadi perawat sama ada mempunyai bakat atau tidak kerana penyembuhan tenaga dalam hanya menggunakan tenaga semulajadi yang dimiliki oleh semua manusia dan benda hidup.”

Saya pernah belajar teknik rawatan lain sebelum ini. Adakah saya dapat mempelajari Reiki?

 Tentu boleh. Reiki terbuka kepada semua orang sama ada pernah mempelajari teknik rawatan lain ataupun belum.

Apakah Reiki tidak bertentangan dengan agama saya?

Tidak. Reiki bukan sebahagian daripada agama tertentu dan tidak bertentangan dengan agama apa pun. Dalam setiap rawatan, perawat Reiki dapat berdoa menurut kepercayaan dan agama masing-masing meminta bantuan untuk merawat pesakit.

Adakah sebarang pantang atau syarat khusus untuk belajar Reiki?

Tiada sebarang pantang cuma jangan gunakan ia untuk tujuan negatif

Apakah persiapan yang perlu saya lakukan sebelum mempelajari Reiki?

Anda tidak perlu melakukan persiapan apa pun. Semua pengetahuan yang diperlukan untuk Reiki akan diajar oleh master Reiki yang mengajar.

Apa yang perlu saya persiapkan untuk mengikuti kursus Reiki?

 Tidak ada apa-apa. Hanya bawa diri anda bagaikan satu gelas yang kosong, baru senang untuk diisikan ilmu yang lain. Ilmu-Ilmu yang pernah dipelajari sebelum ini diletak / simpan ketepi dahulu. 

Berapa lama waktu yang diperlukan untuk mempelajari Reiki?

Dalam Reiki Tradisi Usui yang asli terdiri dari tiga tingkatan yaitu tingkat I, tingkat II, dimana murid mendapatkan hak atas simbol dan tingkat III atau tingkat master. Sekarang ada yang menambahkan menjadi empat tingkat, dengan menambahkan tingkat III(a) atau tingkat master pribadi. Dalam tingkat III(a) murid mendapatkan attunement master tapi tidak diberi hak untuk mengajar dan tidak diberikan pengetahuan untuk memberikan attunement.

  Banyak pendapat mengenai hal ini, ada yang menyebutkan waktu antara level bergantung kepada persiapan (dana, mental) murid. Ada juga yang menyebutkan dari level I ke level II, harus menunggu selama minima tiga bulan. Ada juga yang mengajarkan Reiki Usui tingkat I dan II sekaligus atau pun mengajarkan langsung sampai tingkat Master, mungkin kerana Master Usui juga langsung mencapai tingkat master.  Dalam Reiki Tradisi Kundalini Reiki, terdiri daripada 9 tingkatan iaitu Kundalini Reiki level 1,2,3, Kundalini Reiki Boosters Level 4,5,6,7,8 & 9. Dari level 1 ke level 2 dijarakkan 2 hari. Dari level 2 ke level 3 jarak 10 hari. Kundalini Reiki booster dijarakkan 5 hari setiap level. Ada juga yang memberi kesemua level sekaligus (seperti saya). Menurut saya tidak ada yang salah diantara kesemuanya, yang menunggu lama atau pun langsung mendapatkan tingkat master, mungkin itulah yang terbaik bagi orang tersebut. 

Saya tidak merasakan apapun selama ‘attunement’ . Apakah ‘attunement’ pada diri saya berjalan dengan baik?

Attunement yang dilakukan pasti berjalan dengan baik selagi attunement itu diberikan oleh master Reiki yang berkelayakan. Anda mungkin tidak merasakan sensasi apa pun kerana anda kurang peka. Walaupun anda kurang peka, anda tetap mempunyai kemampuan untuk menyalurkan energi kepada diri sendiri dan orang lain. Lakukanlah latihan untuk membuat anda peka sebagaimana yang diajar oleh master Reiki anda.       

Setelah berlatih selama seminggu, saya merasakan tangan saya menjadi panas. Apakah hal tersebut biasa saja?

 Pada umumnya, pengamal Reiki boleh merasakan hawa panas. Setelah berlatih dengan rutin beberapa lama, anda akan merasakan hawa panas di sekeliling telapak tangan (bukan betul-betul di kulit tangan). Tetapi, setelah berlatih lebih lama lagi, hawa panas ini akan berkurangan. Anda janganlah cemas kerana penurunan hawa panas ini kerana getaran / frekuensi tenaga Reiki anda telah selaras denagn tubuh anda. Ibaratnya, jika anda sudah biasa minum kopi panas, lama-kelamaan anda sudah tidak merasa begitu panas lagi.

Setelah menerima attunement dan berlatih beberapa hari, saya merasakan gatal-gatal dan terkena cirit-birit. Mengapa demikian?

Ini adalah pembersihan oleh energi Reiki pada diri anda. Apabila gatal-gatal, biasanya anda mempunyai masalah alergi. Cirit-birit sendiri biasanya kerana adanya masalah pada pencernaan anda yang sedang dibersihkan.

Adakah energi Reiki boleh dirasai? Sensasi apakah yang biasa dirasakan saat penyaluran energi?

 Saat menyalurkan energi, ahli Reiki atau perawat dapat merasakan adanya arus di tangannya. Ahli Reiki merasakan kedua telapak tangan menjadi hangat atau penuh dengan getaran-getaran kecil. Kadang-kadang terasa ada suatu aliran energi hangat, dingin, terasa ditusuk-tusuk dengan jarum lembut, kebas-kebas atau kejutan elektrik ringan yang mengalir dari tangan perawat. Pesakit yang peka dapat merasakan berbagai sensasi atau rasa. Sensasi yang selalu dirasakan oleh pesakit adalah adanya hawa hangat yang keluar dari tangan perawat dan menyebar di tubuh pesakit (hawa hangat dari tangan seseorang yang tidak mempelajari Reiki biasanya tidak menyebar di dalam tubuh). Pesakit yang peka dapat merasakan getaran-getaran halus yang keluar dari tapak tangan perawat. Namun pesakit yang tidak peka tidak akan merasai apa-apa pun. Namun jangan khuatir tenaga Reiki tetap mengalir walaupun tidak dirasai.

Saya sudah beberapa bulan tidak menggunakan Reiki. Adakah saya masih dapat menyalurkan energi Reiki?

Ya dapat. Kemampuan seseorang untuk menyalurkan energi Reiki tidak pernah hilang kecuali digunakan untuk tujuan-tujuan negatif dengan sengaja.

Dapatkah seseorang menggunakan energi Reiki untuk tujuan negatif?

Tidak. Energi Reiki tidak dapat dipergunakan untuk sesuatu yang negatif. Seorang ahii Reiki yang ingin melakukan sesuatu yang negatif dengan Reiki akan menggunakan energi dari tubuhnya sendiri yang sangat terbatas dan sudah tentu menyebabkan perawat tersebut kehabisan energi. Tetapi energi Reiki yang bersifat murni dan tinggi tidak dapat diaplikasikan untuk hal-hal negatif.

Apa yang terjadi dengan ilmu-ilmu lain yang dimiliki oleh peserta setelah menerima attunement Reiki?

Semua ilmu sama seperti ilmu tenaga dalam, pernafasan, penyaluran energi dan ilmu minda akan menjadi semakin mantap dan berkembang kerana saluran energi yang digunakan adalah sama dengan attunement Reiki, saluran energinya menjadi lebih bersih. Begitu juga dengan ilmu hikmah dan spiritual anda. Tetapi ilmu-ilmu yang bersifat negatif biasanya akan keluar.

Saya mempunyai seorang anak perempuan yang baru berumur 8 tahun. Adakah anak tersebut boleh mempelajari Reiki?     

Reiki tidak dibatasi oleh umur. Sudah tentu Reiki boleh dipelajari oleh seorang anak di bawah umur. Yang penting adalah menerangkan kepada anak tersebut manfaat Reiki dan untuk tidak membanggakan diri setelah mempelajari Reiki. Jika anak tersebut tidak tertarik, janganlah mendesaknya untuk mempelajari Reiki. Walaupun Reiki cukup mudah untuk dipelajari, Reiki adalah sesuatu yang amat berharga. Walaubagaimanapun, dalam tradisi Kundalini Reiki, kanak-kanak dibawah umur 8 tahun tidak digalakkan diberi attunement kerana khuwatir tidak dapat menerima perubahan mengejut.

Apakah saya boleh menyalurkan energi Reiki kepada seorang bayi yang baru lahir?

Boleh. Energi Reiki sangat lembut dan automatik. Energi Reiki tidak berbahaya bag! organ-organ tubuh yang lembut dan sangat sensitif seperti mata dan jantung.

Adakah Reiki selamat untuk digunakan untuk seorang wanita yang sedang hamil?

Ya. Malahan telah dilakukan penyelidikan oleh ahli perubatan di luar negeri bahawa dengan menyalurkan Reiki kepada ibu-ibu yang sedang hamil, ibu-ibu yang disalurkan Reiki itu lebih mudah melahirkan dan bayi-bayi mereka cenderung lebih cerdas. 

Saya kenal seseorang yang mempunyai masalah kesihatan yang saya yakin dapat disembuhkan dengan Reiki. Tetapi, orang tersebut tidak percaya sama sekali dengan Reiki dan tidak mahu dirawatkan. Apakah saya boleh merawat orang tersebut tanpa pengetahuannya?

Memang, prinsip asas dari Reiki menggalakkan seorang ahli Reiki merawat pesakit dengan izinnya. Tetapi, saya sendiri berpendapat bahawa apabila niat tersebut adalah baik, tidak ada salahnya anda mengirim energi kepada orang tersebut. Kita sebagai perawat hanyalah perantara dari penyaluran energi. Semasa melakukan perawatan anggaplah kita mendoakan kesembuhan bagi orang tersebut. Penyembuhan itu sendiri berasal dari Tuhan dan kita hanyalah seseorang yang memintakan kesembuhan bagi salah seorang saudara kita.

Jadi pesakit tidak semestinya percaya dan yakin kepada Reiki untuk memperolehi manfaatnya?

Tidak perlu percaya. Reiki membantu pesakit sama ada dia percaya kepadanya ataupun tidak. Reik; membantu bayi, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga> orang yang tidak sedar. Di sini jelas persoalan percaya atau yakin tidak timbul. Dengan perkataan lain, terapi Reiki bukanlah rawatan berasaskan kepercayaan (Faith-Healing), saranan diri (auto-suggestion) atau Terapi Placebo. Cuma ada satu perkara yang harus difahami, walaupun seseorang itu tidak percaya kepada Reiki, dia harus berfikiran terbuka atau bersedia untuk menerima apa jua keputusan rawatan ini sama ada positif atau negatif.

Saya sering merawat orang dan memperolehi hasil yang baik. Tetapi, kenapa untuk masalah mudah seperti selsema terkadang Reiki kurang berkesan?

Reiki adalah energi yang cerdas. Apabila seseorang pesakit memang sudah cukup istirehat tetapi masih terkena selsema maka diharapkan pesakit tersebut dapat sembuh setelah disalurkan energi Reiki. Tetapi, apabila orang tersebut terkena selsema kerana kurang rehat, biasanya pesakit tersebut harus istirehat. Penyaluran Reiki saja tidak akan menyembuhkan pesakit anda. Hal ini sebenarnya baik kerana jika pesakit yang sakit kerana kurang istirehat jadi sembuh bila disaluri Reiki, maka pesakit tersebut akan cenderung untuk tidak mempedulikan istirehatnya. Apabila sakit kali kedua, ketiga dan seterusnya, ia terus menerus disaluri Reiki dan ia sembuh lagi hingga akhirnya batas daya tahan tubuhnya sudah habis maka ia akan mendapat masalah yang lebih parah lagi.

Mengapa pesakit yang diberi ubat bius dan disaluri Reiki biasanya cenderung sedar lebih cepat?

Bagi Reiki, ubat bius dianggap sesuatu yang tidak seharusnya berada di dalam tubuh sehingga energi Reiki mendorongnya keluar dari tubuh. Oleh sebab itu, apabila seorang pesakit dibedah dan memang seharusnya dibius untuk waktu yang cukup panjang, sebaiknya anda menyalurkan Reiki setelah pesakit tersebut tersedar. 

Mengapa penyembuhan Reiki tidak menyebabkan ‘over-dose’?

Kerana energi Reiki adalah energi yang cerdas, ia akan berhenti mengalir dengan sendirinya apabila bahagian tubuh yang disalurkan energi sudah memperolehi energi yang mencukupi.

Adakah Reiki dapat menyembuhkan masalah kesihatan yang disebabkan oleh kuman atau bakteria?

Tentu saja dapat. Reiki bermanfaat untuk bermacam-macam masalah. Namun begitu masalah kesihatan yang disebabkan kuman atau bacteria mengambil masa yang agak lama untuk sembuh kerana prinsip dasar reiki ialah tidak boleh membunuh hidupan (kuman & bacteria ialah sejenis hidupan hidup). Tetapi reiki membantu menggalakkan sistem imun badan melawan kuman & bacteria tersebut.

Apakah ada manfaatnya untuk menyalurkan Reiki ke dalam ubat-ubatan yang akan diminum oleh pesakit?

Ya. Dari berbagai pengamatan, didapati bahawa ubat-ubatan, pil, vitamin, losyen dan balsam yang telah disalurkan energi Reiki bertambah khasiatnya seterusnya memberikan hasil yang lebih baik.

Adakah rawatan Reiki mengandungi kesan sampingan?

Kebanyakan orang akan merasa rileks dan tenang selepas rawatan Reiki. Walaubagaimanapun, kadang-kadang seseorang akan mengalami ‘krisis penyembuhan’. Getaran energi akan meningkat, toksin yang tersimpan di dalam badan akan dibebaskan ke dalam aliran darah, ditapis oleh hati dan buah pinggang kemudian dibuang daripada badan. Jika krisis penyembuhan ini berlaku, kadang-JcadarigL seseorang itu akan mendapat sakit kepala. sakit perut atau tubuh merasa lesu. Apabila keadaan ini berlaku, anda dinasihatkan banyak minum air, jangan makan makanan berat berlebihan dan dapatkan rehat secukupnya. Ini semua adalah petanda yang baik kerana tubuh anda sedang dibersihkan, pembersihan ini adalah sebahagian daripada proses penyembuhan.

Saya adalah pengamal Reiki. Setiap kali menyalurkan energi, saya merasa sangat tenang dan nyaman yang terkadang rasanya lebih enak berbanding semasa saya melakukan meditasi. Saya ada mendengar pendapat bahawa perasaan ini adalah disebabkan oleh berkurangannya oksigen dalam otak. Adakah hal ini benar?

Kami sering menyatakan bahawa kadang-kadang Reiki dapat membawa seseorang ke dalam tahap theta iaitu tahap ketenangan yang dalam. Padahal ramai orang sudah lama melakukan meditasi sukar untuk mencapai tahap alpha iaitu tahap yang lebih rendah daripada tahap theta. Hal ini bukan sama sekali disebabkan oleh kurangnya oksigen dalam otak!Penerangannya adalah mudah. Semasa seseorang menyalurkan energi dengan betul, energi Reiki yang memiliki getaran tinggi masuk melalui Cakra Mahkota yang terletak di kepala terus mengaktifkan kalenjar pineal sehingga menimbulkan berbagai sensasi atau ‘rasa’ termasuk ketenangan yang mendalam.

Adakah penyembuhan diri sendiri boleh dilakukan sambil berbaring?

 Ya. Selagi anda relaks dan tulang belakang anda cukup lurus (tidak semestinya dalam keadaan berdiri) maka anda dapat melakukan penyembuhan diri sendiri atau self-healing.

Adakah terdapat bukti saintifik mengenai kewujudan dan keberkesanan tenaga Reiki?

Ya, terdapat bukti bahawa Reiki benar-benar wujud dan bekerja. la telah dibuktikan sejak beberapa tahun dahulu secara ilmiah. Kajian secara saintifik ini dilakukan dengan menggunakan Fotografi Kirlian yang telah diakui secara ilmiah. Alat utama dari fotografi Kirlian adalah plat khas yang dialiri arus elektrik bervoltan sangat tinggi dari koil Tesla yang ditempel pada bahagian tubuh atau benda yang akan diambil fotonya (sehingga saat ini Foto Kirlian belum dapat mengambil gambar untuk seluruh tubuh). Dengan cara ini foto energi Reiki dapat diambil dan kita dapat melihat dengan jelas energi tersebut.Di samping itu banyak buku, tesis, jurnal dan kertas kerja yang menerangkan bukti-bukti menerusi kajian saintifik mengenai Reiki dan sistem rawatan secara meletakkan tangan yang lain. Misalnya buku menerangkan lebih daripada 200 kajian saintifik berkenaan penyembuhan secara spiritual, di mana buku itu ditulis oleh Daniel Benor M.D bertajuk “Spiritual Healing, Does It Work, Research Says Yes” diterbitkan oleh Vision Publications menunjukkan keputusan yang positif. Penyembuhan dengan meletakkan tangan juga disahkan menerusi kajian yang dilakukan di St. Vincent’s Medical Center di New York oleh Janet Quinn, Penolong Pengarah bahagian kejururawatan di University of South Carolina. Begitu juga kertas kerja yang ditulis oleh Wendy Wetzel, “Reiki Healing.: A Physiologic Perspective.”

Kalau begitu, terdapatkah mana-mana hospital yang mengiktiraf dan menggunakan sistem Reiki di hospital mereka?

Di Negara Malaysia belum ada, tetapi sudah terdapat banyak hospital dan klinik di negara Barat khususnya Amerika Syarikat yang mengiktiraf Reiki dan menggunakan rawatan Reiki di hospital mereka. Antara hospital yang menggunakan Reiki ialah Portsmouth Regional Hospital, The California Pacific Medical Center, University of Michigan Medical School, The Tucson Medical Center, Grass Lake Medical Center, Foote Hospital di Jackson dan Michigan, New England Hospital dan kebanyakan cawangannya, Columbia Presbyterian Center di New York dan banyak lagi.

Berapa ramaikah pengamal Reiki di seluruh dunia sehingga sekarang?

Kami tiada data yang tepat mengenainya, namun adalah dianggarkan terdapat sekitar 3 juta orang menjadi pengamal Reiki di seluruh dunia.

Apakah penyakit yang dapat disembuhkan oleh Reiki?

Melalui pengalaman ahli Reiki di seluruh dunia, Reiki didapati membantu merawat atau sekurang-kurangnya menolong meringankan pelbagai jenis penyakit termasuk yang tidak dapat ditolong lagi oleh sistem perubatan lain kerana ia merawat penyakit secara keseluruhan sama ada pada peringkat fizikal, emosional, mental dan spiritual. Reiki mempunyai kesan positif terhaddp pelbagai bentuk penyakit dan situasi negatif. Ini termasuk perkara-perkara kecil seperti sakit kepala, sakit perut, sengatan lebah, selsema, ketegangan dan kebimbangan dan begitu juga dengan penyakit-penyakit yang serius seperti penyakit jantung, buah pinggang, ketumbuhan dan sebagainya.Kesan sampingan rawatan sistem perubatan moden juga dikurangkan atau dihapuskan. Ini termasuk kesan negatif daripada chemotheraphy, kesakitan selepas pembedahan dan kemurungan. la juga mempercepatkan kesembuhan dan mengurangkan masa yang diperlukan untuk tinggal di hospital. Melalui beberapa ujian klinikal yang dilakukan sebelum dan selepas rawatan dengan Reiki, ia didapati membantu menyempurnakan penyembuhan seseorang.Walaupun kadang-kadang seseorang mengalami kesembuhan yang dianggap luar biasa tetapi kejayaannya tidak boleh dijamin. Anda perlu ingat bahawa Reiki bukan bermaksud untuk menggantikan sistem perubatan moden. la adalah pelengkap kepada sistem perubatan yang sedia ada.

Kalau begitu, saya tidak boleh beri jaminan kejayaan rawatan ini kepada pesakit saya?

Tidak boleh sama sekali. Doktor pakar di hospital swasta yang mengenakan bayaran yang tinggi kepada pesakitnya pun tidak memberi jaminan kejayaan rawatan mereka. Jadi kenapa perawat Reiki mahu melakukannya? Perawat Reiki cuma penyalur tenaga Reiki bukan penyembuh sebenarnya.

Saya merasa ragu-ragu dan kurang yakin bahawa Reiki dapat digunakan untuk merawat orang dari jarak jauh?

Anda cuba ingatkan peristiwa apabila seorang ibu di kampung mendoakan kesembuhan anaknya di kota yang sedang sakit. Itu adalah satu contoh mudah mengenai rawatan dari jarak jauh. Energi dari doa menuju kepada pesakit secara jarak jauh. Dari satu sudut, cara kerja Reiki hampir sama dengan doa.Reiki berfungsi pada dimensi atau alam ‘tenaga’ yang tidak mengenai batasan jarak dan masa. Oleh itu rawatan secara jarak jauh mampu dilakukan melalui Reiki.

Adakah bukti-bukti sains menunjukkan bahawa rawatan boleh dilakukan dari jarak jauh?

Sebenarnya sudah banyak eksperimen yang dilakukan oleh ahli sains dan psikologi yang membuktikan rawatan dari jarak jauh (distant healing) dapat dilakukan. Mereka telah menulis di dalam pelbagai kertas kerja, jurnal, tesis, buku dan sebagainya mengenai perkara ini, antaranya:

    • An Investigation of the Effect of Therapeutic Touch Without Physical Contact on State Anxiety of Hospitalized Cardiovascular Patients. Tesis Ph.D oleh Quinn.
    • Study of Remote Mental Healing. Kertas penyelidikan International Parascience Institute: Toronto and London Conference 1981
    • Study of the Effectiveness of Remote Mental Healing. Kertas penyelidikan oleh Miller, R. N dalam Imagery and Healing. Tesis M.A oleh Achterberg,
    • Distant Mental Influence. Buku oleh William Braud, Ph.D. Diterbitkan oleh Hampton Roads Publishing Company, Inc. Edisi pertama: 2003

Adakah Reiki boleh digunakan kepada haiwan dan tumbuhan?

Reiki boleh digunakan untuk merawat haiwan, pokok dan tumbuhan. Penyaluran energi Reiki untuk haiwan dan tumbuhan tidak ada bezanya dengan penyaluran energi kepada manusia. Haiwan menyukai sentuhan perawatan ini. Penyaluran energi dapat membantu menyegarkan pohon dan memperbaiki keadaan pohon menjadi lebih baik. Ada penulis Reiki menyatakan, biji benih yang disalurkan Reiki berbuah lebih awal dari yang lain manakala tumbuhan atau pokok yang sering menerima energi Reiki tumbuh lebih tinggi, kukuh dan menghasilkan lebih daun, bunga dan buahnya.

Apakah kelebihan Reiki berbanding dengan teknik penyembuhan tenaga dalam yang lain?

Kelebihan yang paling utama ialah sifatnya mudah. Mudah dipelajari dan dipraktikkan. Dengan kursus sehari (beberapa jam sahaja) sudah boleh digunakan untuk merawat diri sendiri dan orang lain (walaupun belum begitu mantap), sedangkan teknik lain memerlukan jangka waktu belajar yang panjang. Kedua, energinya memiliki getaran yang lebih tinggi dan berkualiti, oleh itu rawatannya lebih berkesan dan cepat merawat penyakit. Ketiga, ianya selamat, tiada peraturan yang banyak dan berbelit-belit sehingga sukar difahami dan membahayakan pesakit jika tersalah menggunakannya. Keempat, energi Reiki tidak kehabisan menyebabkan perawat tidak merasa lesu walaupun selepas merawat ramai pesakit kerana energinya diperolehi terus-menerus dari alam sekeliling sedangkan sistem rawatan lain menggunakan energi yang ada dalam diri sendiri sahaja di mana jumlahnya adalah terhad. Kelima, energinya bersifat cerdas, ia tahu ke mana dan apa yang harus dilakukan. la merawat sehingga ke akar umbi penyakit bukan sekadar simpton-simptonnya sahaja. Keenam, boleh merawat orang lain walaupun perawat sendiri sedang sakit. Sisterr lain tidak menggalakkan perawat merawat orang>-semasa sakit kerana dikhuatiri energi negatif perawat menular kepada pesakit atau sebaliknya.

Saya diberitahu bahawa energi Reiki untuk bermacam-macam kegunaan selain dari perubatan. Apakah kegunaan Reiki yang lain?

Tidak ramai yang tahu bahawa Reiki boleh digunakan untuk berbagai tujuan selain dari perubatan. Antara manfaat Reiki adalah membantu mengatasi masalah hidup, mengesan barang atau orang yang hilang, meningkatkan prestasi belajar dan kerja, meningkatkan kerohanian dan semangat hidup, perlindungan ahli keluarga dan harta benda, memperbaiki hubungan dengan orang lain, penyuburan tanaman, menghilangkan sikap negatif, trauma dan ketakutan, gerak hati yang tajam dan menolong merealisasikan keinginan.

 
Telapak tangan merupakan salah satu pintu tenaga ataupun dikenali sebagai cakra telapak tangan yang memainkan peranan penting untuk menyerap, menyalurkan tenaga dan juga untuk mengesan (scanning) aura atau merasa getaran tenaga ketika dalam proses penyembuhan diri sendiri atau orang lain. Tetapi pada kebanyakan orang cakra ini tidak aktif.

Salah satu kaedah untuk mengaktifkan Cakra Telapak tangan ialah dengan melakukan latihan dibawah. Dengan ini, anda mampu mengesan (scanning) atau rasa getaran tenaga / aura dengan menggunakan telapak tangan.

  1. Letakkan kedua-dua telapak tangan berhadapan diantara satu sama lain (seperti dalam gambarajah dibawah)
  2.  Jarakkan lebih kurang 6-7 inci diantara satu sama lain
  3.  Niatkan “ REIKI MENGALIR”…..
  4.  Bernafas dengan lembut dan tenang sahaja. Tak perlu fokus atau konsentrasi fikiran
  5. Turunkan Brainwave anda ke kondisi Alpha iaitu seperti dalam keadaan meditasi yang tenang.
  6. Fokus pada sensasi/rasa di tapak tangan dan pada masa yang sama bernafaslah dengan tenang dan santai sahaja.  Tak perlu konsentrasi.
  7. Kebiasaannya seseorang itu akan merasakan sensasi/tekanan/semutan/haba di telapak tangan, itulah dia energi REIKI
Selamat mencuba!
APAKAH ITU TENAGA DALAM?

Sebetulnya setiap manusia memiliki tenaga dalam. Manusia memiliki unsur kimia tubuh iaitu ATP yang dapat berubah menjadi energi melalui proses metabolisme tubuh. Energi yang dihasilkannya sangat melimpah ruah, bahkan menjadi kekuatan yang luar biasa apabila manusia biasa sedang dalam keadaan tertentu misalnya panik, tidur jalan, trance, atau terhipnotis.ATP juga berfungsi sebagai energi cadangan, misal setelah lelah berolahraga, dengan beristirehat sejenak maka tenaga akan pulih kembali. Energi yang dihasilkan oleh ATP dalam kehidupan sehari-hari hanya berfungsi sebanyak 2,5% saja yang telah cukup untuk menghasilkan panas tubuh, proses metabolisme, mengaktifkan kimia tubuh, menjalankan alat pencernaan, dan aktiviti organ tubuh lainnya. Sedangkan yang 97,5% lainnya masih tersimpan sebagai energi cadangan.

Dengan latihan yang tekun, murid akan dapat membangkitkan, mengendalikan, dan memanfaatkan energi yang tersimpan tersebut untuk berbagai macam keperluan. Contoh disamping adalah bagaimana memanfaatkan tenaga dalam untuk menghancurkan batu tebing yang keras.

 Bagaimana proses udara merangsang tenaga dalam? Ketika udara dihisap secara normal, oksigen hanya digunakan sebatas membantu lancarnya peredaran tubuh, melancarkan metabolisme tubuh, dan menbekal otak dengan kadar yang cukup. Selain itu juga merangsang energi untuk menghidupkan aktiviti tubuh, dalam batasan yang sangat sedikit, hanya cukup untuk menggerakan tubuh secara normal. Dan untuk membangkitan energi cadangan (tenaga dalam) diperlukan oksigen yang banyak dan efektif. Satu-satunya jalan adalah dengan mengubah taktik pernafasan biasa menjadi pernafasan yang khusus, iaitu dengan mengoptimalkan oksigen yang masuk jangan sampai banyak yang terbuang, sedangkan untuk bagian lain harus seimbang. Untuk membangkitkan energi tersebut secara cepat, oksigen harus diputarkan keseluruh tubuh secara cepat pula, sedangkan sisa pembakaran (CO2) harus dibuang secara cepat. Apabila tenaga dalam telah bangkit, akan terasa berupa hawa panas atau dingin sesuai dengan cara berlatih. Wajar bila orang yang memiliki tenaga dalam yang besar, tubuhnya akan kuat dan boleh jadi kebal terhadap segala jenis benturan, senjata, penyakit dan segala gangguan medis dan non-medis, hal ini terjadi dengan adanya energi yang lebih pada tubuh seseorang, sel-sel tubuhnya akan semakin padat dan searah, sehingga membuat tubuh menjadi padat.

INTI UDARA

Inti dari latihan pernafasan adalah menarik energi yg ada di alam semesta ini sebanyak-banyak ke dalam tubuh kita agar boleh dimanfaatkan secara optimal. Teknik pernafasan yang dimaksud disini adalah sebenarnya sasarannya adalah menghimpun inti udara, atau yg sering disebut prana, Ki kata orang Jepang, Chi kata orang China. Inti hawa atau prana ini bersatu dengan oksigen dan banyak sekali terdapat disekitar kita. Diantaranya ada yg disebut prana Matahari, adalah prana yg berasal dari sinar matahari. Prana ini menyegarkan seluruh tubuh dan memberikan kesihatan yg baik. Prana ini boleh kita peroleh dgn menyerap cahaya atau berjemur di sinar matahari. Prana Udara adalah prana yg terkandung di dalam udara atau butir-butir vitalitas udara. Prana udara diserap oleh tubuh dengan cara bernafas. Prana Bumi, prana yg terkandung di dalam bumi, prana ini diserap oleh tubuh melalui telappak kaki. Berjalan dengan tanpa alas kaki akan memperbanyak menyerap prana bumi ke tubuh. Pohon, beberapa pohon tertentu (seperti pohon yg rendang dan besar serta subur) memancarkan sebagian besar kelebihan prananya. Orang yg kepenatan bila beristirahat dibawah pohon akan cepat segar kembali.

ILMU PERNAFASAN

 Ilmu pernafasan memiliki pengaruh luar biasa terhadap kesihatan. Dengan mengolah pernafasan secara tepat dan rutin maka berbagai macam penyakit dapat diubati dengan sangat cepat. Pernafasan yang dalam selama 60 detik dapat merilekskan jiwa dan raga dan memompakan O2 (oksigen) untuk mempertahankan energi ke otak dan otot-otot kita. Menurut alhli fisiologi jiwa dan raga ; sebagian besar dari kita melakukan pernafasan dangkal lewat otot dada dgn tidak terjadi pernafasan secara mendalam dan efisien di dalam paru yg menyebabkan terjadinya pertukaran antara O2 yg masuk dan CO2 (karbon dioksida) yg keluar. Saat menarik dan menghembuskan nafas mendalam dari perut akan terjadi aliran darah yg mengandung O2 lewat sistem kardiovaskular untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru dan mengantarkan tambahan nutrien untuk otot-otot yg bekerja.

          Berbagai penyakit fisik yang sudah terbukti dapat diubati dalam waktu sangat cepat melalui latihan pernafasan ini antara lain penyakit asthma, alergi, gastrik, darah tinggi, darah rendah, jantung, kolesterol tinggi, kencing manis (diabetes mellitus), gula, kencing batu, ginjal, lever, ambeien, sinuitis, migrain, vertigo, lemah syahwat, sering masuk angin, pegal-linu, cepat lelah, cepat tersinggung, mudah marah, dan berbagai penyakit fisik lainnya

         Disamping itu dengan mengikuti latihan pernafasan yang rutin, emosi menjadi lebih terkendali, sehingga orang yang pemarah maupun yang mudah tersinggung akan menjadi lebih sabar.  Demikian juga penyakit Stress akan hilang dan berubah menjadi rasa percaya diri dan bahagia.

    Sedangkan bagi yang sudah sihat, dengan mengikuti latihan pernafasan akan meningkatkan daya tahan tubuh dan meningkatkan produktivitas kerja.  Bahkan dengan mengikuti latihan pernafasan  ini, kita akan terbebas dari kebiasaan dan ketergantungan memakai ubat-ubatan. 

       Bila kita sudah mampu mengoptimalkan teknik pernafasan ini, kita akan mempunyai kemampuan yang Luar Biasa, iaitu mampu menyalurkan tenaga / tenaga dalam / energi / hawa murni dari tubuh kita ke orang lain. Sehingga kita dapat mengubati orang lain dari jarak jauh tanpa menyentuhnya. 

 Sekian sedikit penjelasan mengenai Tenaga Dalam dan Hubung-kaitnya dengan ilmu Pernafasan. Bagi anda yang berminat untuk mempelajarinya kami ada menganjurkan kursus Tenaga Dalam Ilahi, Daya Sejati Insani. Klik Disini untuk keterangan lanjut  >>> TENAGA DALAM ILAHI

 Keterangan lanjut: www.reiki-malaysia.com

Salam Hormat,
Master Hisham
Dimensi Alpha Resources
http://www.reiki-malaysia.com
Email: mohdhishamyahya At Yahoo Dot Com